+ -

Pages

Wednesday 13 January 2016

MANFAAT ARABIC GUM




Sempena tahun baru 2019, saya tertarik untuk berkongsi ilmu dengan anda mengenai makanan 'superfoods' yang semakin popular di dunia iaitu Gum Arabic. Ramai antara kita yang masih tidak mengetahui kebaikan makanan ini bahkan ada juga yang tidak pernah mendengar langsung mengenainya

Bagaimanakah Gum Arabic dapat membantu anda?




Gum Arabic atau nama lainnya Al-Manna, merupakan makanan yang dimakan oleh masyarakat Arab sejak dahulu lagi. Kisah mengenai Al-Manna ini ada disebut di dalam Al-Quran sebanyak 3 kali dan diceritakan bersama Salwa (Mann dan Salwa) yang terdapat pada Surah Al-Baqarah (57), Surah Al-A'raf (160) dan Surah Thaha (80)

Kedua-dua makanan ini dikatakan makanan terbaik. Namun, kaum Israel pada zaman Nabi Musa ketika itu telah menunjukkan sikap tamak kerana menginginkan lebih banyak lagi makanan diturunkan oleh Allah. Maka Allah telah memperkenankan lagi hajat mereka melalui kisah di dalam Surah Al-Baqarah (61). Anda boleh menelusuri Al-Quran sendiri supaya anda memahami dengan lebih mendalam mengenai Al-Manna.


Pengambilan Arabic Gum dipercayai dapat mengurangi risiko kematian utama akibat pemakanan
 iaitu sakit jantung, paru-paru, darah tinggi, Diabetes (kencing manis) dan sakit buah pinggang
 (Insha allah).


Saya ingin berkongsi info mengenai Al-Manna kerana kebaikannya yang mampu menjadi penawar dan perlindungan kepada anda. Arabic Gum bukan sahaja bertindak sebagai merawat, tetapi ia juga mencegah. Jadi, mencegah lebih baik daripada merawat, bukan? Lebih baik kita sediakan payung sebelum hujan, sebelum kita didekati dari sebarang penyakit.

Adik Tablin yang terpaksa menjalani dialisis seminggu sekali di usia muda.



Seorang pelajar tahfiz yang menderita sakit buah pinggang di usia muda. Semoga beliau tabah dalam menghadapi ujian dari Allah.

Arabic Gum boleh dijadikan amalan pemakanan seharian kerana nutrisi yang terdapat di dalam Arabic Gum boleh menstabilkan proses pemakanan seharian.

Antara beberapa soalan yang kerap ditanya mengenai Gum Arabic:
  • Apakah fungsi Arabic Gum kepada tubuh?
  • Apakah manfaat selain menyembuh?
  • Apakah kesan sampingan Arabic Gum?
  • Arabic Gum memulihkan kencing manis?
  • Arabic Gum menurunkan kadar kreatinin?
  • Arabic gum merawat penyakit batu karang?
  • Bagaimana cara untuk membeli?
Untuk pengetahuan anda, Arabic Gum merupakan bahan 100% semulajadi daripada tumbuhan. Jadi, anda tidak perlu risau mengenai kesan sampingan kerana ia tiada kesan sampingan kepada tubuh anda. Berikut merupakan beberapa manfaat dan kebaikan Arabic Gum terhadap kesihatan :-

1) Memberi tenaga segera
Saya nak kongsi respon yang saya terima dari seorang pengguna, untuk dijadikan panduan bagi yang masih belum menggunakan Arabic Gum.
"Sejak minum gum ni, saya rasa cergas dan buah pinggang saya stabil."
"Kesan menakjubkan. Tekanan darah tinggi kurang dan paras gula pun stabil dah."
"Sekarang ni ibu saya mula meminum arabic gum, baru satu minggu tapi sudah dpt feedback yg positif."

"Setelah 2 minggu ambil arabic gum, badan rasa ringan, tidur mlm tak kerap bangun disebabkan kencing manis.

Bangun pagi rasa muda (ringan badan).

Dulu ada masalah kencing tak lawas sehingga solat pakai pad liner tapi sekarang alhamdulillah tak perlu dah."
"Perut rasa lebih lawas & selesa."


Ini pula hasil testimoni beberapa pengguna Arabic Gum di dalam group Whatsapp saya:


2) Boleh menggantikan antiobiotik

Kebiasaanya, ramai menganggap bahawa pengambilan antibiotik dari hospital adalah langkah terbaik apabila demam. Mungkin ramai antara kita sudah tahu bahawa pengambilan antibiotik akan membunuh bakteria. Tetapi, adakah anda tahu bahawa antibiotik akan membunuh probiotik yang terdapat di dalam badan kita? 

Hasil daripada penyelidikan mengenai kandungan yang terdapat di dalam Arabic Gum, pakar telah berjaya membuktikan bahawa terdapat kedua-dua fungsi prebiotik dan probiotik di dalam Arabic Gum. Prebiotik dan probiotik berfungsi di saluran pencernaan badan. Fungsinya adalah untuk menghalang banyak penyakit dalam badan kita. Prebiotik merupakan kebaikan semulajadi yang bertindak sebagai makanan kepada probiotik.
Pengambilan prebiotik yang berterusan dan mencukupi adalah perlu bagi menghalang badan kita daripada serangan bakteria berbahaya. Dengan bekalan prebiotik yang mencukupi, probiotik akan bercambah dan kesannya akan mengeluarkan asid bakteria berbahaya seperti pathogen. Setelah badan anda mendapat perlindungan semulajadi ini, anda tidak lagi memerlukanantibiotik.

Namun, bagi pesakit kronik, patuhi nasihat doktor anda. Jangan berhenti makan ubat-ubatan yang diarahkan oleh doktor.
3) Merawat usus



Soalan ini salah satu yang biasa ditanya. Adakah arabic gum mampu merawat usus? - Setelah diteliti kandungannya, Dr. Isam Siddiq (Pakar Arabic Gum dari Sudan) menyatakan Arabic Gum bertindak menyuburkan bakteria baik dalam usus dan bertanggungjawab membuang segala toksin, lemak yang berlebihan dan bahan-bahan yang tidak berguna (waste) dari badan. Fakta yang anda perlu tahu.


Gum Arabic adalah bahan prebiotik dan merupakan makanan tambahan yang amat penting untuk menyediakan badan dengan tenaga dan membantu meningkatkan prestasi usus kita. 


Tambahan lagi, seorang pakar pediatrik iaitu Prof. Omaima Mohi-Eddin Sabir, berkata Arabic Gum boleh merawat cirit birit ringan, masalah buasir dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan saluran gastro usus, iaitu kawasan esofagus, kawasan perut, usus kecil, kolon, rektum, dan dubur.

4)  Mengurangi risiko sakit jantung




Arabic Gum mampu mengurangkan risiko sakit jantung, terutamanya sakit jantung koronari (Coronary Heart Disease, CHD). Kemampuan arabic gum boleh menurunkan paras kolestrol LDL dalam darah disebabkan kandungan serat makanan larut (soluble dietary fiber) yang tinggi dalam Arabic Gum. 


Kajian-kajian yang telah dibuat oleh Kromhort et al. (1982), Pietinen et al. (1996), Rimen et al. (1996), dan Khaw and Barrett-Connor (1987) telah membuktikan bahawa serat larut memainkan peranan penting dalam mencegah atau mengurangkan risiko sakit jantung koronari (CHD).

Arabic Gum merupakan makanan yang mempunyai serat larut yang paling tinggi, mencecah sehingga 85% mengikut fakta pemakanan (nutrition fact) . Kebanyakan pengusaha mengeluarkan Arabic Gum dalam bentuk serbuk bancuhan segeraIni bermakna pengambilan 10 gram Arabic Gum sehari dapat menghasilkan 8.5 gram serat makanan larut di dalam tubuh anda justeru jantung anda akan lebih berupaya untuk mengepam darah ke seluruh anggota badan.

5) Merawat sakit buah pinggang




Bliss et al. (1996)  dalam American Journal of Clinical Nutrition, dalam kajiannya telah melaporkan bahawa seseorang pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang kronik yang makan diet rendah protein serta 50 gram Arabic Gum sehari mempunyai perkumuhan nitrogen najis yang lebih besar berbanding dengan pesakit yang makan diet rendah protein tanpa menggunakan Arabic Gum.

Kajian telah membuktikan bahawa pengambilan Arabic Gum boleh mengurangkan beban kepada buah pinggang dan merawat sakit buah pinggang kronik. Ia juga berupaya mengurangkan kandungan urea dan Kreatinin di dalam darah. Dalam pada masa yang sama, Arabic Gum boleh mengurangkan kekerapan dialisis sekaligus meningkatkan kualiti hidup pesakit yang menderita sakit buah pinggang kronik (insha allah).

Jika Arabic Gum mampu membaik pulih buah pinggang yang rosak, di mana hospital pakar pun tidak mampu merawatnya, sudah tentu ada sesuatu yang terkandung di dalam Arabic Gum yang tidak terdapat di dalam makanan kesihatan yang lain. Jika begitu khasiatnya, mengapa anda masih mencuba yang lain?


6) Membantu menurunkan paras gula



Arabic Gum dapat meningkatkan kecekapan insulin untuk membantu pesakit kencing manis. Melalui kajian, Arabic Gum mampu mengurangkan kadar gula di dalam darah sekaligus menurunkan bacaan pH darah anda ke paras normal.

7) Melancarkan sembelit


Menurut fakta makanan (Nutrition facts), Arabic Gum mempunyai serat larut yang tinggi, iaitu 85%. Kandungan serat larut ini boleh merawat cirit birit, masalah busair dan penyakit yang berkaitan dengan perut iaitu yang terdapat di kawasan aesophagus, usus kecil, rektum dan dubur.

Enzim yang terdapat di dalam Arabic Gum mampu menjadi pelawas dan bertindak sebagai serat larut semulajadi untuk kebaikan di dalam perut. Jadi, anda tidak perlu khuatir akan kesan sampingan setelah penggunaan Arabic Gum. Insha allah, Arabic Gum dapat menjadi penawar dalam menyelesaikan masalah anda.

Semoga info di atas dapat memberi penerangan sedikit sebanyak berkenaan khasiat Arabic Gum kepada anda.

Untuk membuat tempahan Gum Arabic Ameer:
Boleh hubungi/ Whatsapp saya:- 


www.wasap.my/+601156877353

 +60 11-5687 7353
Achik Rus
( rusydi.zaidan@yahoo.com | 011-5687 7353 )



...............................................................................................................................
Segala penulisan di dalam blog ini bukan bertujuan untuk merawat sebarang penyakit.
Sila dapatkan nasihat pakar perubatan mengenai kesihatan anda.
5 MANFAAT GUM ARABIC: MANFAAT ARABIC GUM Sempena tahun baru 2019, saya tertarik untuk berkongsi ilmu dengan anda mengenai makanan 'superfoods' yang semakin ...

No comments:

Post a Comment

<