Saya tertarik untuk berkongsi kepada anda mengenai jenis-jenis Arabic Gum yang terdapat di pasaran. Ini kerana terdapat banyak kekeliruan di dalam pertanyaan pelanggan Arabic Gum sejak kebelakangan ini. Lebih baik kita berkongsi ilmu pengetahuan sedikit sebanyak dapat membantu sesama kita.
Sejak awal pengeluaran, Arabic Gum dihasilkan dan diproses kepada 2 jenis bentuk iaitu serbuk dan ketulan (bentuk asal). Kedua-dua jenis ini mula dieksport ke pasaran Malaysia sejak awal tahun 2010 lagi. Walaupun arabic gum serbuk dan arabic gum ketulan mempunyai bentuk dan tekstur yang berbeza, tetapi rasanya masih lagi sama iaitu rasa neutral dan sedikit payau.
Melalui rupa bentuk fizikal, Arabic Gum ketulan berbentuk seperti batu dan mempunyai warna keemasan. Strukturnya pula keras dan tidak rapuh. Cara memakannya adalah dengan merendamnya semalaman selama 12 jam sebelum dapat meminum airnya. Masyarakat Arab pula memakannya dengan membiarkannya cair di dalam mulut selama 4 jam bagi yang bersaiz kecil seperti di dalam gambar. Mereka akan memakannya setiap hari dan dijadikan makanan tambahan sebagai nutrisi untuk membekalkan tenaga kepada mereka. Arabic gum ini merupakan salah satu sumber tenaga dan sumber pendapatan mereka di sana.
Bagi memudahkan pengguna, Arabic Gum serbuk telah dihasilkan dan bentuknya yang halus memudahkan kita untuk mengambilnya sebagai makanan tambahan harian. Tambahan lagi, pengguna memperoleh lebih manfaat kerana kandungannya yang lebih banyak berbanding ketulan asal. Anda pasti berpuas hati setelah mencuba Arabic Gum di dalam bentuk serbuk yang didatangkan dengan paket yang lebih padat. Anda juga tidak lagi perlu bersusah payah untuk menyimpan di dalam mulut seperti dalam bentuk asal.
Untuk pengetahuan anda, Arabic Gum serbuk boleh disediakan di dalam pelbagai cara sebagai makanan tambahan. Selain membancuhnya dengan air, Arabic Gum juga boleh dicampur di dalam masakan seperti sup ayam dan kari. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, lebih elok jika anda mencampurnya setelah masakan siap dimasak supaya kandungan enzim yang terdapat di dalam Arabic Gum tidak dikhuatiri mati.
Segala perkongsian saya di dalam blog ini bukanlah untuk tujuan merawat atau mendiagnos sebarang penyakit. Anda dinasihati untuk mendapatkan nasihat pakar supaya tidak berlaku kekeliruan di dalam penulisan ini. Semoga tips dan sharing saya dapat membantu anda melangkah ke arah penjagaan kesihatan yang lebih baik.
+60 11-5687 7353
Achik Rus
No comments:
Post a Comment